Thursday, December 23

Kenali 7 Jenis Lelaki...(U)

Hanya 2 jantina yang terdapat di muke bumi ini.. kalo 2 alam 40juta tu tak pasti plak nak kire jantina cemana... mari kita warga pompan mengenali 7 jenis lelaki.. boleh jadi betul boleh jadi tidak.. tapi cam betul jer kui kui kui..



a) Diam Seribu Bahasa


* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau anggukkan kepala je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita. Betul tak lelaki??




b) Buat Tak Tahu


* Dia akan buat dono je dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia macam kemaskan meja ke, patu dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!hohoho sile takott). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud. Haiiyyaa!!




c) Menolak Untuk Makan Bersama


* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia mesti bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan denagn kawan saya tadi"



d) Masam Muka


* Tindakan yang ni plak ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Eee nyampahh i.. hahaha... Tak puas hati la konon. Chett!!... Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! Kan kan kan betol tak?? Hohoho..




e) Baca Surat Khabar

* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Tak ke pelik namenyer tu kan??!!




f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam


* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb! Jangan wat dono jer...



g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu


* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Eleehhhh.... Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana kompom dia akan buat dek je! Betol kan?? hahaha




h) Matikan Telefon Bimbit


* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer! Hihihihi...




Huhu ni biasa berlaku pada penulis ni.. lebeh kurang la..adat la kan.. kadang2 laki merajuk.. kadang2 pompan merajuk.. tapi orang kate. Kalo laki kuat merajuk ni biasanyer manjeeee serta romantik.. wahh gitu...

2 comments:

misz beauty said...

hui... seb bek somi selalu buat sume sesame... yg slalu majuk beauty jek... tu pun majuk kejap je... hihihiii

BERT said...

hihih bes majuk2 kan.. nanti mesti dapat kene pujuk hihiihh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...