Thursday, February 16

Senyum Simpul : Peribahasa moden


Peribahasa:
Lembu punya susu, Nestle dapat nama.


Maknanya:

Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih

idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak,

kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss

khabarkan kat ketua boss.


Peribahasa:

Melepaskan batuk didalam lift.


Maknanya:

Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat

yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed.

Besar nya hamlau!


Peribahasa:

Seperti anjing jantan dgn anjing betina.


Maknanya:

Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.



Peribahasa:

Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.


Maknanya:

Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....

akhirnya dia gerenti start balik punyer.


Peribahasa:

Sepandai -pandai tupai melompat,

tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.


Maknanya:

Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah

selalunya tak bagus..


Peribahasa:

Biar putih tulang jangan kuning gigi.


Maknanya:

Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga,

kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan.

Geli-geman di buat nya.



Peribahasa:

Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?


Maknanya:

Ada orang kentotlah tu...


Peribahasa:

Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.


Maknanya:

Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang

yang muler-muler memfofularkan dia.


Peribahasa:

Ader udang di sebalik udang lain


Maknanya:

Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....

check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....

kat tengah ke...tengah baring ke....



Peribahasa:

Biar mati anak jgn mati pucuk


Maknanya:

Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak.......bro! !!!


Peribahasa:

Sudah jatuh ditimpa piano


Maknanya:

Nasib malang yg tak agak-agak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...