Thursday, March 8

SBPA batal, SSM ditambahbaik



khas buat kakitangan kerajaan......
kene bagitau cik asven ni pasal berita ni.. ehemm ehemm..


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan

sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan

pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada

Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.




Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan itu pada

majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.



Antara yang dilaporkan ialah :

1) Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan


2) Tetapi SSM akan ditambah baik


3) Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam


4) Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %



5) Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%),

gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%),

dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)



6) SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum

maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah

mengikut gred masing-masing



7) Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan.

Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan



8) COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)



9) Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan



10) Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan

kerjaya berasaskan time based..


SUMBER : BH & FB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...