Saturday, July 6

PETUA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

PETUA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH...

Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang
 membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak
 sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor,
anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai
 membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat.

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih.
Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit.
 Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih.
Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam.
 Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih.
 Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air.
Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan
masih suam, minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain direbus,
 daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam
 dan lada hitam yang ditumbuk halus. -sumber



1 comment:

Cik Puan iLa said...

Erk..sesuai utk sy yg tgh berpantang ni..tiap2 hari duk mkn ikan haruan..jemu dh..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...