Friday, April 24

10 CARA SELESAIKAN HUTANG




Pagi2 mesti bukak email.. tengok apa2 info biz terkini..
harini dapat tips 10 cara bebas hutang.. perkongsian
yang menarik.. zaman sekarang yang tak dapat nak lari
dari berhutang kan...?? dari zaman belajar dan belum mula
kerja dah berhutang dengan PTPTN.. lepas dah mula kerja?
segala macam hutang akan dikaut.. kereta.. rumah..
kredit kad.. personal loan dan sebagainya...

Lainlah kalau dari baby dah tido atas duit.. semuanya 
dibayar cash.. takde hutang2.. seronok la gitu ye tak..
bagi yang kene berhutang ni.. alkisahnya mesti pening
nak bayar setiap bulan segala hutang yang ada....
jom baca ni.. mana tau anda boleh aplikasikan....


1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang 
sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. 
Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000



7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar 
hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk 
habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali 
hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar
 hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, 
dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba
 berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui 
jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar
 hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar 
RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). 
Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan
 bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar 
RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) 
selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak 
maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. 
Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa
 beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula
 hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya 
bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Anda gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan 
jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa 
menanggung semua beban hutang anda nanti.


SELAMAT MENCOBA....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...