Sunday, April 2

7 SEBAB KENAPA WANITA LEBIH TERTARIK PADA LELAKI 'BAD BOY' !!



Lelaki selalu dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Tapi tak bermakna lelaki ‘bad boy’ ini lelaki jahat. Nakal je!

Menjadi ‘bad boy’ ni boleh dikatakan sikap semula jadi yang ada pada lelaki. Bila ditanya pada perempuan nak lelaki macam mana, mesti jawapan deorang nak yang baik dan setia.

Tapi, ramai je yang memilih lelaki ‘bad boy’ kerana mereka ini sangat disenangi oleh gadis-gadis kerana sikap mereka.


Jadi, ini antara 7 sebab kenapa perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang bergelar ‘bad boy’.


1) BAD BOY sentiasa yakin
Keyakinan yang dalam diri seorang lelaki membuatkan gadis mudah tertarik. Lelaki jenis ini jenis yang berterus terang. Kalau suka, dia akan cakap suka. Selalunya ‘bad boy’ ni jenis agresif dan cepat bertindak, tapi tidak ‘gopoh’.



2) Setiap ayat POWER!
Lelaki ‘bad boy’ akan mulakan topik perbualan yang ringan dan tidak gelojoh untuk terus minta nombor telefon. Mereka tidak akan bertanya tentang isu semasa atau pun pelajaran yang sememangnya membosankan.


3) Selalu jadi WIRA
Mereka selalu menjadi wira penyelamat jika kereta rosak atau pun memerlukan bantuan. Kadang-kadang mereka muncul tanpa diduga untuk mengambil hati anda.


4) Dia “MAT JIWANG”
Lelaki nakal biasanya pandai main alat muzik. Mereka mampu mencairkan hati wanita dengan alunan muzik dan suara sahaja. Lebih jiwang, jika mereka tujukan lagu khas untuk anda!


5) STAILO Habis!
Tidak dinafikan lelaki nakal pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu sentiasa nampak sempurna dan kacak di mata wanita.


6) Pandai buat LAWAK
Nama pun lelaki nakal, sah-sah mereka ini jenis pandai ambil hati dan berlawak. Gadis-gadis mesti akan cair kalau dapat lelaki macam ni.


7) Sentiasa TERSENYUM
Cuba tengok lelaki ‘bad boy’, mesti mereka akan sentiasa tersenyum dan tersengih je macam kerang busuk. Tapi, senyuman itu juga la buat wanita cair dan mudah untuk mendekati wanita.

Psstt : laaa.. Saya dah terkawen dengan bad boy rupanya... Kahkahkah.. Terbaca artikel ni rajin pulak nak share hihi.. 😁

Credit : 
By Farizan Zainal
 -  Oct 15, 2015 20592 3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...